Rabu, 30 Mac 2011

CATATAN PADA MASA LALUKU

Mestikah aku mengingati diary masa laluku yang sedih,sakit hati dan pelbagai perasaan yang wujud?Jawapan dalam hatiku mesti kerana ianya suatu kenangan terindah yang pernah mewarnai liku perjalananku diranjau usia remajaku yang baru menjangkaui belasan tahun.Pahit manis sentiasa ada,airmata menemaniku bila dilanda masalah soal hati dan perasaan.Namun siapalah aku untuk melawan ketentuan Ilahi setiap apa yang direncana kan buat kita maka itu lah yang tersurat dalam perjalanan kita di dunia fana ini.

Satu hal yang aku percayai sampai bila-bila bahawa setiap perbuatan kita sama ada yang baik mahu pun yang jahat pasti ada sistemnya yang tersendiri.Misalnya jika kita mengumpat atau ada tertanam perasan hasad dengki kita pada orang lain, tidak hairan lah juga kalau suatu hari nanti kita juga akan menerima nasib yang sama seperti mana yang kita laku kan pada orang lain.Kisah suka duka ku di kg tercinta tetap tercatat dimemori ingatanku untuk selamanya.Walau keluargaku dan diri ku sendiri selalu menjadi bahan cerita oleh jiran-jiran dan juga sepupu-sepupuku yang lain atas kemiskinan dan paras rupa aku dan adik beradik ku yang mungkin hodoh sangat dimata mereka namun akhlak kami tetap terjaga kerna ibu bapa aku sentiasa mendidik dan mengajar kami adik beradik agar displin,tingkahlaku,sopan santun dan maruah diri tetap terjaga walau dipandang hina.Namun itulah hakikatnya bahawa kalau hari tersebut adalah hari mereka tapi esok lusa belum tentu hari siapa.Lumrah kehidupan memang seperti itu tapi aku tak pernah membalas mereka dengan kata-kata yang keji seperti mana yang mereka lempar kan pada aku suatu ketika dulu dan aku ikhlas kan mereka berbuat begitu padaku semoga suatu hari nanti KESEDARAN akan membuka mata dan mengubah keinsafan mereka yang suka berbuat demikian.BIARALAH TUHAN YANG TAHU SEGALANYA.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan